Like

Cari Blog Ini

Renungan Bersama

"Sekiranya kamu ingin melihat masa depan sesuatu bangsa, Maka lihatlah generasi mudanya... "

- Imam Al-Ghazali -

Memaparkan catatan dengan label Akhir Zaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akhir Zaman. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Julai 2012

SOLAT JUMA'AT HARI SABTU


PINDA SOLAT JUMAAT KE HARI SABTU.


Bahasa Malaysia


Komuniti Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid diseluruh penjuru Negara untuk melaksanakan solat Jumaat, diganti dengan hari Sabtu.

Alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja, kerana hari Jumaat di Azarbaijan termasuk hari kerja resmi negara.

Menurut pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangi kinerja para pegawai dan pekerja pemerintah.

Cuti rasmi pemerintah Azarbaijan adalah hari Sabtu dan Minggu, yang memungkin bagi pegawai pemerintah tidak terganggu jam kerjanya.

Menanggapi alasan pemerintah, khatib Masjid Masyhadi Dodosh, H Shahin Hasanali mengatakan, pemindahan tersebut dinilai sebuah sentimen politik belaka.

“Pemerintah khuatir solat Jumaat menjadi tunjang pendidikan politik yang boleh menggugat pemerintah. Yang namanya solat Jumaat tidak boleh dipindah hari,” ujarnya.

Republik Azarbaijan adalah negara kecil yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dilaporkan, jumlah komuniti muslim disana mencapai 90% dari total keseluruhan warganya.

Keakraban rejim yang berkuasa dengan Israel, menyebabkan pegawai-pegawai pemerintah cenderung anti Islam.

Hingga kini, warga muslim Azarbaijan masih memperjuangankan hak-hak kaum muslimah untuk mengenakan jilbab.

sumber

N'N: Inilah yang berlaku apabila majoriti penduduk beragama Islam tapi pemerintah cenderung kepada Israel maka Islam akan ditindas, jadikan pengajaran......Di negara kita majoriti ummat Islam tapi pemerintah upah APCO@ZIONIS sebagai penasihat......Segeralah kita menolak pemerintah yang cenderung memilih Zionis sebagai penasihat.....


QS Ali-Imran: 118
Larangan mengambil orang Yahudi sebagai teman kepercayaan

$pkš‰r'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãYtB#uä Ÿw (#rä‹Ï‚­Gs? ZptR$sÜÎ/ `ÏiB öNä3ÏRrߊ Ÿw öNä3tRqä9ù'tƒ Zw$t6yz (#r–Šur $tB ÷L—êÏYtã ô‰s% ÏNy‰t/ âä!$ŸÒøót7ø9$# ô`ÏB öNÎgÏdºuqøùr& $tBur ‘Ïÿ÷‚è? öNèdâ‘r߉߹ çŽt9ø.r& 4 ô‰s% $¨Y¨t/ ãNä3s9 ÏM»tƒFy$# ( bÎ) ÷LäêZä. tbqè=É)÷ès? ÇÊÊÑÈ
118.  Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. sungguh Telah kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.

Rabu, 27 Jun 2012

YANG TERSIRAT: AKHIR-ZAMAN


Kad Permainan Illuminati - 2

Sebelum ini saya pernah ulas tentang permainan ini serba sedikit. Klik di sini. Sekarang saya ingin menambah maklumat tambahan tentang isu ini.


Imbas kembali. Lihat kad ini.


Mesti anda perasan persamaannya dengan yang ini.


dan dengan yang ini.



Pasti semua dah tahu gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun 11 Mac 2011. Anda lihat kad tersebut yang mana menara jam tersebut sama dengan menara jam di Tokyo. Tajuk kad tersebut iaitu 'Combined Disasters' bertepatan dengan kombinasi 3 tragedi di Jepun iaitu gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear. Mengerikan persamaannya.

Kaedah untuk mewujudkan gempa dikatakan ditemui secara tidak sengaja oleh Russia dengan memancarkan gelombang tertentu ke dalam rekahan bumi. Dikatakan US mempuyai alatan untuk mewujudkan gempa bumi yang dinamakan The High Frequency Active Auroral Research Program (HAARP). Anda boleh tanya pak cik google untuk tahu lebih lanjut.


Satu lagi persamaan ialah jarum jam dan minit pada menara tersebut yang menunjukkan 3 dan 11, adakah kebetulan dengan tarikh bencana tersebut pada bulan 3 tahun 2011? Lihat di bawah.

Ada juga yang mentafsirkan kad di atas dengan satu peristiwa yang akan berlaku di Olimpik London 2012. Lihat lima orang dalam gambar tersebut yang mana mereka memakai baju berwarna sama dengan warna gelung olimpik. Adakah mungkin akan terjadi satu peristiwa dasyat pada temasya berkenaan? Di tambah lagi dengan spekulasi bahawa tahun 2012 akan terjadi bencana besar di dunia ini yang berkaitan pengakhiran kalendar maya.

Anda boleh tonton youtube di bawah.




Lihat gambar logo olimpik London 2012 di bawah. Ada perkataan ZION pada logo tersebut.


Gambar kad di bawah menunjukkan tumpahan minyak. Semua sudah tahu tentang peristiwa tumpahan minyak di Teluk Mexico akibat letupan pelantar cari gali minyak British Petroleum (BP).





Adakah semua ini satu kebetulan atau sememangnya telah di rancang? Atau dajjal sudah mula hendak menunjukkan kehadirannya? Anda takut? Untuk makluman, permainan ini mempuyai 330 keping kad. Mungkin anda berminat untuk membeleknya satu persatu untuk mengetahui apa lagi yang di rancang.

Sama-samalah kita memperkuatkan iman kita kepada Allah SWT. Mungkin juga para pengamal tasawuf boleh memberi sedikit komen.

SUMBER

KEDATANGAN IMAM MAHADI AMAT HAMPIR




Imam Ibn Hajar menulis di dalam Kitab Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. 

Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu. 

Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Abu Hurairah berkata pada orang-orang disekelilingnya : 

"Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman. 

" Maka orang-orang berkata : 

"Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik." 

Maka Abu Hurairah pun berkata : 

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya. 


Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. 

Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus." 

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun,hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, orang-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan. 


ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka. 

Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit. 

Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. 

Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin." 

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia,bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. 


Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). 

Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. 

Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. 


Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit. 

Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. 

Seluruh dunia adalah pohon bagiNya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (...) 

maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk 

dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."{2} 

2.Al-Fitan, halaman 216. Tempat yang bertitik (...) adalah tulisan yang terhapus pada manuskrip asal. Lihat Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 47-50 

Huraiannya adalah seperti berikut : 

Perang Dunia Pertama : 

Disebutkan - Pada dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 tahun dan hitunglah beberapa dekad... yakni kita menghitung beberapa dekad setelah tahun 1300 H. Demikianlah jumlah dekadnya masih kabur. 

Satu dekad adalah 10 tahun. 

Dan benar, pada tahun 1914 Masihi atau sekitar tahun 1332 H,terjadilah peperangan. Bererti, jumlah dekad yang masih kabur itu adalah tiga dekad ditambah kira-kira dua tahun lagi. 

Perang Dunia Kedua : 

Disebutkan - Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri... dan benar, hanya 20 tahun kemudian (2 dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah, satu dekad dan satu dekad lagi) meletuslah Perang Dunia Kedua yang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar atau Hitler). 
Di Jerman orang memanggilnya Hitler. 

Perang Dunia Ketiga : 

Disebutkan - Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun,hitunglah dekad itu dua atau tiga... bermaksud peperangan bakal terjadi diantara tahun 1420 H hingga 1430 H. 

Kita sekarang berada pada tahun 1433 H, 

maka peperangan yang dinyatakan itu nampaknya sudah berada diambang pintu, boleh meletus pada bila-bila masa saja. 

3.Huru-Hara Akhir Zaman, halaman 49-51 


Jika anda masih ragu tentang kejadian yang diberikhabarkan oleh sahabat Abu Hurairah ini, sama-samalah kita memerhatikan lengguk peristiwa saban hari namun tingkatkanlah amal ibadat dan ketaatan anda kepada Allah kerana andaikata apa yang diberitahu ini meleset, amalan anda tetap bermanafaat di alam sana nanti serta janganlah lupa mendoakan untuk pemimpin Agung Umat Islam yang bakal muncul iaitu Imam Mahdi Al Muntazar. 

Sumber: 

TANDA-TANDA KEDATANGAN IMAM MAHADI



"Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan berlaku secara berturut2 2 gerhana pada bulan Ramadhan.." (Ibn Hajar Al haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi 'alamat Al mahdi Al Muntazar) 

"Akan ada dua gerhana matahari di bulan Ramadhan sebelum kedatangan Al Mahdi." (Mukhtasar Tazkirah Qurtubi) 

"Telah sampai kepadaku bahwa sebelum Al Mahdi datang, bulan akan gerhana dua kali di bulan Ramadhan." (Diriwayatkan oleh by Abu Nu'aym dalam al-Fitan) 

"Gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadhan dan gerhana bulan di akhirnya." (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 37)

Cuba kira... 
1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20july hari jumaat, 
jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat. 

Sama dengan hadis nabi pasal huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, 

"Sebelum kemunculan Imam Mahdi, sebutir bintang berekor akan muncul dari arah timur." (Ibn Hajar Al Haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi 'alamat Al Mahdi Al Muntazzar) 

"Munculnya bintang itu akan terjadi setelah gerhana matahari dan bulan." (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 32) 

Saidina Ali k.a.w mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), 

"Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. 

Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udaradan tanah. 

Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. 

Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. 

Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. 

Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat". 

Antara tanda-tanda kedatangan Imam Mahdi adalah mengikut hadis Rasullulah ialah.munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit danmenyebabkan tenggelamnya kawasan pantai 

Adakah akan berlaku Mega -Tsunami?? 

– Hadis ini di ambil dari video youtube 

"Akan ada huru hara di bulan Syawal (bulan kesepuluh dalam kalender Hijriyah), 

pembicaraan tentang perang di bulan Dzulqae'dah (bulan kesebelas dalam kalender Hijriyah) dan 

pecahnya perang di bulan Dzulhijjah (bulan kedua belas). 

"(Allamah Muhaqqiq Ash-Sharif Muhammad ibn 'Abd al-Rasul, Al-Isaatu li Asrat'is-saat, hal. 166) 

Ambillah calendar dan teliti tarikh-tarikh.


“Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. 

Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” 

(HR abu Dawud 9435) 

“Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara-manusia dan gempa-gempa. 

Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898) 

Mengikut 1 sumber dari ahli illuminati yang telah insaf mengatakan bahawa tahun 2012 akan bermulanya tahun HURU HARA yang akan dilakukan oleh puak illuminati.. Wallahu a'lam. 

Apa2 pun hanya Allah saja yang tahu hakikat sebenarnya... 
Kita sebagai manusia bukanlah ahli nujum yang mampu meramal bila dan di mana ia berlaku. 

Fikir dan terus fikir. 

Kaji dan terus kaji.... 

Kuatkan amalan tingkatkan Iman.. 

Sumber:

MASALAH KAMPUNG KITA - Siapa yang patut dipersalahkan

TV Al-Quran

TvQuran

Catatan Popular