Renungan Bersama
"Sekiranya kamu ingin melihat masa depan sesuatu bangsa, Maka lihatlah generasi mudanya... "
- Imam Al-Ghazali -
Dihukum Penjara 2 Minggu Hina Rasulullah S.A.W
Seorang rakyat Singapura, Andrew Kiong Khen Kiat, 44, telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu atas kesalahan menghina agama lain.
Andrew Kiong Khen Kiat ditahan oleh pasukan keselamatan Singapura apabila didapati menampalkan sebuah poster menghina Nabi Muhammad s.a.w pada cermin depan kereta milik sepasang suami isteri beragama Islam di kawasan letak kereta di sekitar apartment mereka.
Berdasarkan laporan akhbar The Strait Times, kejadian tersebut berlaku pada 2 Februari 2009 dan mahkamah telah membuat keputusan mengenai kesalahan itu pada 30 Julai lalu.
Kejadian itu bermula apabila Halinah Barudin dan suaminya Haji Mohamad Dahar Dollah melihat sebuah poster yang menghina Rasulullah diletakkan di cermin depan kereta mereka. Bagi mendapatkan kesahihan pelakunya, pemilik kereta tersebut memohon pihak pengurusan apartment mereka menyiasat melalui rakaman kamera tertutup. Dari paparan tersebut. Identiti Andrew Kiong dikenalpasti dan pasangan tersebutnya akhirnya membuat laporan polis.
Di hadapan polis, semasa disoalsiasat, Andrew Kiong telah membuat pengakuan bahawa beliau mempunuai 16 keping poster yang membawa mesej menghina Nabi Muhamad dan menampalkan sebanyak 8 keping poster di cermin depan 8 kereta kepunyaan pasangan Islam. Poster selebihnya kemudian dibuang.
Andrew tidak menjangkakan bahawa perbuatannya itu telah dirakam oleh lensa kamera tertutup yang dipasang di sekitar kawasan meletakkan kenderaan dan walaupun proses perbicaraan tersebut mengambil masa yang lama, akhirnya beliau akur dengan keputusan yang menghantarkannya ke penjara selama dua minggu.
Catatan Popular
-
Mengunjungi Nagari Terisolir Mandiangin Katiagan Pasaman Barat print send pdf Oleh: Altas Maulana Senin, 28 Juni 2010 | 21:08:00 WIB M...
-
Uang Rp 100,000 & Rp1,000 Sama-sama terbuat dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh Bank Indonesia. Ketika bersamaan me...
-
Besi-besi yang belum dipasang KELIHATAN SELEPAS DIPASANG AWAL MULA PEMBIKINAN PASANGAN BESI-BESI YANG PERMULAAN ...
-
-
Gara-gara mengeluarkan izin pengelolaan hasil hutan Nibung di kawasan hutan lindung, Wali Nagari Mandiangin Katiagan Kecamatan Kinali Kabupa...
-
Andi Wahab Kembali Dilaporkan Kasus Penggelapan Hasil Plasma Sawit di Tiku V Jorong SUMBER: Padang Ekspres • Rabu, 29/08/2012 12:47 ...
-
Jangan Politik Dagang Sapi Warga Agam Demo Kapolda- Gubernur Padang Ekspres • Sabtu, 17/12/2011 09:48 WIB • Ricco Mahmudi • 100 klik ...
-
Kisruh Plasma, DPRD Tenggat 15 Hari Padang Ekspres • Berita Pemerintahan • Helmon Dt Itam, salah seorang anggota DPRD Agam, Kamis ...
-
BANGUNAN WC UMUM YANG MASIH TERBENGKALAI...? MUSHALLA NURUL JIHAD @ MUSHALLA ALMARHUMAH NENEK TANTE
-
30 Rakyat Malaysia Maut Setiap Hari Akibat Rokok? ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan