30 Rakyat Malaysia Maut Setiap Hari Akibat Rokok?
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa
sebanyak 10,000 rakyat Malaysia mati pada setiap tahun akibat penyakit
berkaitan merokok.
Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, langkah segera perlu diambil untuk mengatasi pekara tersebut.
“Di Malaysia terdapat kira-kira lima juta perokok dan 0.7 peratus daripadanya adalah gadis berusia 13 hingga 18 tahun dan dianggarkan lebih 50% lelaki dewasa merokok .
“Kira-kira 10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan merokok seperti kanser, penyakit jantung, strok dan penyakit pernafasan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
S. M. Mohamed berkata, program pendidikan kesihatan awam berhubung risiko merokok amat penting tetapi ia perlu diadakan dengan lebih kukuh bagi membalas iklan syarikat tembakau.
Justeru, S. M. Mohamed berkata, CAP mengariskan lima cadangan sebagai langkah untuk dilaksanakan bagi memerangi tabiat merokok di kalangan rakyat negara ini.
Bagi langkah pertama, katanya, semua kotak perlu menggunakan satu warna dan nama jenama akan dikurangkan dengan tanda amaran meliputi 75 peratus daripada bahagian depan berbanding 40 peratus bahagian depan di Malaysia.
Ia kerana , kata beliau, orang ramai telah menjadi muak dengan amaran bahaya merokok dan tidak lagi mengambil kira tentang betapa menakutkan amaran bergambar itu yang terdapat pada kotak rokok.
Langkah kedua, katanya, kerajaan perlu mewujudkan kod tingkah laku untuk mengawal semua pegawai kerajaan yang ada kaitan dengan syarikat tembakau.
Jelasnya, ia bertujuan mencegah aspek ‘tanggungjawab sosial korporat’ diguna syarikat tembakau sebagai muslihat mengadakan acara yang menggambarkan imej positif merokok.
Selain itu, katanya, menteri dan wakil kerajaan negeri tidak boleh merasmikan acara yang disokong, ditaja atau dianjurkan syarikat tembakau kerana ini menunjukkan pengiktirafan secara tersirat keatas produk mereka.
Bagi langkah ketiga, kata beliau. masyarakat perlu menggangap merokok sebagai sesuatu yang tidak biasa dan menjadikannya sebagai perkara yang tidak glamor.
Langkah Keempat, kata beliau, kerajaan perlu menaikkan harga rokok hingga tidak mampu dibeli oleh rakyat dengan mengenakan duti eksais yang tinggi ke atas produk tembakau.
Jelas beliau, Ia juga perlu selari dengan penguatkuasaan yang tegas untuk menghentikan penyeludupan rokok murah haram. Rakyat Malaysia menghisap sembilan bilion batang rokok haram setiap tahun.
Langkah kelima, jelas beliau, kerajaan perlu menghadkan kedai yang dibenarkan untuk menjual produk tembakau dan hanya kedai tembakau yang diberikan lesen boleh menjual produk ini.
“Manakala penjualan rokok di kedai bebas cukai, kedai runcit dan lain-lain tempat perlu diharamkan,” katanya. – mynewshub.my

Berita Berkaitan:
Ugut Sebar Gambar Bogel, Juruwang Dipenjara
Lelaki OKU Mati Dipukul Kerana Meminta Rokok
UPP Kedah Rampas Rokok Di Parkir Tokong
Kondom Dalam Beg Sekolah Anak
Merokok Menjadikan Daya Ingatan Lemah
- written by MyNewsHub
-
http://www.facebook.com/people/Sam-Cnun-Albasiq/100001882310833
-
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000240662357

http://www.facebook.com/people/Hafizi-PetPot/100000729185060
-
http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203
-
http://www.facebook.com/people/Alia-Najwa/1568931568
-
http://www.facebook.com/people/Izzatunnazmi-Syazwan-Abd-Aziz/675053253

Tiada ulasan:
Catat Ulasan