IKATAN
PERANTAU & PELAJAR KATIAGAN
{IPPK}
DEFINISI
Ikatan
Perantau & Pelajar Katiagan (IPPK) adalah satu Organisasi yang menyatukan
antara Perantau dan Pelajar anak Jati Katiagan dimana pun berada.
TUJUAN
Organisasi ini
ditubuhkan adalah untuk:
1.
Mengetahui jumlah Pelajar
(Mahasiswa/i & Pelajar sekolah) bermula dari Tamatan SMP (sederajat) hingga
ke Universitas
2.
Mengetahui jumlah Perantau
Katiagan dan dimana mereka bekerja.
PUNCA DAN
MASALAH
Organisasi ini
ditubuhkan kerana ramainya masyarakat Katiagan berhijrah ke negeri lain apabila
sudah meningkat dewasa dan bagi yang bersekolah, melanjutkan pelajaran ke luar
daerah. Oleh itu data dan maklumat mungkin ada pada organisasi mereka seperti
HPMK (Himpunan Pelajar & Mahasiswa Katiagan). IPPK tidak menambah atau
mengurangkan organisasi-organisasi yang sedia-ada. Organisasi-organisasi yang
sedia ada agak terbatas atas-dasar negeri atau statusnya, contohnya IPKJ,
GEMA-KJ, ISKAB dan lain-lain.
Jadi IPPK
merangkumi keseluruhannya dan tidak memandang dimana dan status
(pelajar/perantau) yang penting anggota dan ahlinya adalah anak jati katiagan.
Diharapkan semua masyarakat katiagan yang merantau atau yang bersekolah
dimanapun anda berada mendaftar dengan organisasi ini.
AHLI
Anggota dan
Ahli adalah anak jati Katiagan yang merantau atau Kuliah/sekolah. Sekiranya ada
masyarakat yang mahu ikut organisasi ini adalah sangat digalakkan dan kami
sebagai pihak pengurusan sangat mengalu-alukan.
Sekiranya ada
ahli yang sudah berkeluarga atau bersuami/isteri dan berasal dari Katiagan
juga, maka ahli disarankan mendaftar seorang saja kalau mahu suam-isteri
mendaftar juga dialu-alukan. Tetapi dana bantuan dari IPPK hanya untuk satu
orang ahli.
JUMLAH YURAN
AHLI
Ahli yang
mendaftar dikenakan uang pendaftaran dan iuran tahuan. Saya cadangkan setiap
ahli membayar yuran ahli sebesar Rp 10,000 (Sepuluh ribu rupiah) setiap tahun.
Dana sebesar ini diharapkan “Bukanlah Paksaan” ianya adalah “Dari Ahli, Oleh
Ahli dan Untuk Ahli”. Pendaftaran adalah Rp 10,000 (Sepuluh ribu rupiah)
SIJIL AHLI IPPK
Pihak IPPK
menyediakan “sijil” (certificate) untuk setiap ahli. Setiap sertificate mengandungi
ahli keluarga yang ditanggung oleh Kepala Keluarga (KK). Bersama ini saya sediakan
Lampiran untuk contoh sertifcate.
Bagi yang
belum bekeluarga atau bujang atau masih sekolah juga dikeluarkan sijil keahlian
dan status akan bertukar sekiranya ahli tersebut bekeluarga. Isteri dan suami
yang satu negeri boleh membatalkan keahliannya.
SUMBER DANA
IPPK akan
mengenakan iuran ahli dan pendaftaran ahli. Iuran ahli dikenakan setiap tahun
dan iuran pendaftaran hanya sekali iaitu waktu mendaftar saja, sedangkan iuran
ahli “WAJIB” diperbaharui setiap tahun untuk mendapatkan bantuan-bantuan dari
organisasi ini.
Selain itu
IPPK juga bergerak aktif dalam Pencarian Dana untuk keperluan-keperluan
Masyarakat Katiagan khasnya alhi keluarga para ahli IPPK. Seperti Pencarian Dan
untuk pembanguna Masjid dan keperluan perubatan atau acara peribadi anggota keluarga
ahli IPPK. Subangan akan dikumpulkan oleh pihak IPPK sendiri dan memberikan
kepada pihak-pihak yang memerlukannya.
PEMEGANG DANA
Diharapkan
dana ini dipegang oleh “Ketua IPPK” (Bendahari) atau sesiapa saja yang BISA
dipercaya. Dana (uang yuran) ahli ini diharapkan tidak bercampur dengan
wang-wang peribadi atau uang-uang yang bukan berhubung-kait dengan IPPK. Dana
ini hendaknya jangan diguna-pakai untuk tujuan-tujuan yang bukan urusan IPPK
dan Masyarakat Katiagan.
PENGGGUNAAN
DANA AHLI
Apabila DANA
sudah ada dan terkumpul, dana dari Ahli akan digunakan untuk ahli saja, apabila
melebihi Had atau sudah terlalu banyak, Insya_Allah! Akan disalurkan ke
Masyarakat Katiagan seperti untuk Pembangunan Masjid atau Anak2 Yatim dan Fakir
Miskin. Tetapi yang lebih utama dana iuran keahlian adalah untuk:
1.
Sekiranya ada anggota atau ahli
keluarga Ahli IPPK meninggal-dunia, Pihak IPPK akan mengeluarkan dana bantuan.
Saya cadangkan: dana yang diberi adalah sebesar Rp. 500,000 (Lima ratus ribu
rupiah).
2.
Sekiranya ada anggota atau ahli
keluarga Ahli IPPK yang sakit dan masuk ke Rumah Sakit, pihak IPPK akan memberi
dana bantuan. Saya cadangkan dana yang diberi adalah sebesar Rp. 200,000 (Dua
ratus ribu rupiah).
3.
Sekiranya ada anggota atau ahli
keluarga Ahli IPPK yang pergi Umrah atau Haji. Pihak IPPK juga mengeluarkan
dana untuk ahli. Saya cadangkan: dana yang diberi adalah sebesar Rp. 200,000
(Dua ratus ribu rupiah).
4.
Sekiranya ada anggota atau ahli
keluarga Ahli IPPK yang Pesta Perkawinan (baralek). Pihak IPPK juga mengeluarkan
dana untuk ahli. Saya cadangkan: dana yang diberi adalah sebesar Rp. 200,000
(Dua ratus ribu rupiah).
5.
Iuran ahli juga akan digunakan
untuk activity-aktivity ahli dan masyarakat.
6.
Sekiranya ada masalah: seperti
ahli tidak dapat pulang-kampung dan memerlukan dana bantuan untuk ongkos
pulang-kampung karena panggilan atau hal-hal keluarga (emergency) maka pihak
IPPK akan membantu untuk menanggulangi keperluan ahli tersebut.
7.
Dana Iuran juga akan digunakan
untuk menambah Dana Bantuan Semasa, contohnya: Aktivity IPPK akan membuka
cabang untuk mengutip Dana Bantuan Untuk Pembangunan Masjid. Jadi Ahli IPPK
diharap menyumbang dan dana subangan akan di cukupkan atau ditambah dengan dana
iuran ahli sekiranya ada. Begitu juga dengan kutipan-kutipan atau Derma-derma
untuk Masyarakat atau anak yatim di Katiagan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan