Like

Cari Blog Ini

Renungan Bersama

"Sekiranya kamu ingin melihat masa depan sesuatu bangsa, Maka lihatlah generasi mudanya... "

- Imam Al-Ghazali -

Khamis, 30 Ogos 2012

TAZKIRAH: Katiagan Dulu, Kini dan Akan Datang

Assalamualaikum

ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$# ÇÊÈ



Hari ini Ambo sudah lama ingin merenungi dan memberi nasihat akan diri ini dan memanjangkan pada saudara-saudara ku sekalian. Dunia yang hanya sementara penuh dengan liku-liku dan onak duri.

Dulu kehidupan Nagari Katiagan penuh dengan Agama dan Beradat, Tidak pernah kita dengar Maksiat merata tempat. Pemimpin yang berilmu agama, Ninik Mamak yang tahu Hukum-Hakam. Inilah yang dikatakan "Adaiak Basandi Syarak, Syarak Basandi Kitabullah".

Masa pun berlalu, Hari Berganti Minggu, minggu berganti Bulan dan bulan Berganti Tahun. Kehiduan Masyarakat Katiagan Mula BERUBAH. Agama sudah sangat Jauh, Adat juga sudah tidak dipandang. Ninik-Mamak tidak dipedulikan lagi.

Dalam tahun 2004: 6 orang Anak luar-Nikah dilahirkan diKatiagan....? Kenapa jadi Begini. Pemimpin ditangkap ketika asih bermain song (BERJUDI). Bila ada saja Acara Baralek, maka berterbaran-lah Botol2 Minuman Keras. 

Bila kita berbicara "soal Aqidah" Pemuda/pemudi Katiagan, siapa yang "Mendirikan Solat Wajib Lima Waktu" ?,...Al-Hamdulillah! Ramai yang merantau keluar Daerah dan sudah begitu ramai yang masuk Universitas. Tidak kurag juga yang sudah berkhidmat dalam sektor Pemerintah ataupun swasta. Ilmu Agama juga berlain pahaman. Tetapi SAKING pintarnya ada juga yang menuntuk ilmu-ilmu agama yang salah dan SESAT.

Bila ajaran Sesat ini Ambo kemukakan: ada yang Tidak Berpuas Hati dengan tulisan Ambo. Ajaran ini BUKAN MASALAH BARU, tetapi sudah beratus-ratus tahun yang lalu diperbahaskan oleh ULAMAK. Masalahnya Amalan mereka "Menentang Ulamak". Bagi mereka:

"Cukup Al-Quran & Hadis"

Agama Islam memang "Berlandaskan Al-Quran dan Hadis" tetapi disebalik itu masih ada panduang dan Hukum-Hakam Islam diterangkan dan dijelaskan iaitu: Ijmak Ulamak dan Qiyas. Ini yang mereka tentang. Banyak perkara2 Akhir zaman yang ulamak Qiyaskan dan tidak dibentangkan dalam Al-Quran dan Hadis. yang Wajib itusudah PASTI, yang sunnah itu sudah PASTI dan disebaliknya ada yang dikatakan SUBAHAH yang mana Hanya Ulamak yang tahu akan itu.

Pernahkah terfikir oleh kita: Sekarang sudah ada Warga Katiagan yang menuntut di Universitas Al-Azhar Mesir, Sudah ada yang Tamatan Universitas Bung Hatta dan Universitas-universitas yang lain yang cukup ternama dan tersohor. TETAPI:  Suatu HARI-NANTI akan ada Masyarakat kita atau Pemuda kita yang Khafir, Murtad atau Beragama Kristen,,,? Nyatanya sekarang (dengar kabarnya) sudah ada Pemuda Katiagan yang Tidak Mahu Solat Jumat, katanya salat Jumat di Katiagan adalah tidak SYAH. yang solat Jumat hanya sesekali atau solat Dua Hari Raya MUNGKIN RAMAI.

Ambo pernah TEGUR pemuda ini, Apa alasan kamu tidak Mahu BERJAMAAH dg Imam di Masjid atau di Mushallah, dia jawab: "Bacaan Imam itu tidak Betul", Ambo jawab balik: kalau bancaannya tak betul, kamu-lah jadi Imam. Dia diam saja.

Bahkan ada juga Masyarakat kita berkata: "tidak perlu solat tunggang-tunggik, cukup dengan niat saja". DAN nyatanya Memang "hamba Allah" ini tidak pernah solat dan bahkan "Mencabar orang yang membangun Masjid dengan Berkata: Takkan siap Masjid ko, kalau siap, sayik talingo den ko".

Dengar Khabarnya: ada juga satu pasangan yang sudah BERCERAI TALAK TIGA: Hidup kembali tanpa ada Rujuk mengikut "Hukum-hakam Islam" yang mana masing-masing MESTI BERKAHWIN dulu dan bercampur dengan pasangan masing-masing, baru boleh rujuk kembali. Tetapi ini tidak dihiraukan.

Ambo takut kalau Ajaran-ajaran yang salah seperti ini MEREBAK ke Anak-cucu, kemenakan dan Dunsanak sekeliling. 



tPöquø9$# àMù=yJø.r& öNä3s9 öNä3oYƒÏŠ àMôJoÿøCr&ur öNä3øn=tæ ÓÉLyJ÷èÏR àMŠÅÊuur ãNä3s9 zN»n=óM}$# $YYƒÏŠ 4  ÇÌÈ  
3.  ... pada hari Ini Telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan Telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan Telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu…. (QS: Al-Maidah: 3)

Ini pegangan "ajaran yang Amb Maksud". Ayat ini memang betul dan disebaliknya TERSIRAT BANYAK makna yang kita tidak mampu untuk BERFATWA. Hanya Ulamak dan Pakar Hadis yang tahu. Masalahnya: Pengikut-pengikut ini Tidak mahu-tahu dengan Ulamak dan tidak MENGAKUI Adanya Mazhab.


Kumpulkan hadis-hadis tentang bid'ah: 
1) 
عن أَبي نَجيحٍ العِرباضِ بنِ سَارية رضي الله عنه ، قَالَ رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ ؛ فإنَّ كلَّ بدعة ضلالة . رواه أَبُو داود والترمذي ، حديث حسن صحيح.

Maksudnya: Abu Najih al-Irbadh bin Sariyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Dan hendaklah kamu berhati-hati dari segala perkara-perkara baru. Sesungguhnya, setiap bid’ah itu sesat. 
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi. Hadis Hasan Sahih)


2)
 ، وكلُّ بدْعة ضلالة وكل ضلالة في النار

Maksudnya: Semua bid’ah adalah sesat, dan semua yang sesat akan ke neraka... 
(Riwayat Muslim + Riwayat an-Nasa'i)


Dua hadis ini kelihatan menolak bid'ah (perkara-perkara baru) secara mutlak tanpa membataskan sama ada baik atau buruk. Mari kita renungi pula hadis seterusnya.
______________________________________


3)

 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من احدث في امرنا ما ليس منه فهو رد - رواه البخاري في الصحيح 

Maksudnya: Barangsiapa yang melakukan suatu pekerjaan dalam hal agama akan tetapi ternyata tiada dasarnya dalam agama, maka ianya tertolak (batal /rosak/ tidak diterima).
Riwayat Bukhari.

4)
 وفي رواية لمسلم [ من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد ]
Maksudnya: Siapa yang melakukan suatu amalan yang tiada (kaitan) dalam urusan ini (agama) maka ianya tertolak. Riwayat Muslim.

Dua hadis (3 & 4) ini pula seakanmengkhususkan hadis pertama dan hadis kedua. Iaitu bid'ah dalam urusan agama.
_________________________________________


Kalau sudah masuk urusan agama ini bermaksud, pengertian tentang semua bid'ah sesat ini akan dikhususkan lagi, iaitu dengan hadis:

5) 
عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : مَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَىْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَىْءٌ . 

Maksudnya: Daripada Jarir bin Abdullah, katanya: Rasulullah s.a.w. pun bersabda: Barangsiapa dalam (AGAMA) Islam yang melakukan suatu sunnah (perjalanan/pekerjaan) yang baik, maka ia akan mendapat pahala dirinya dan pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa berkurang sedikit pun. Dan barangsiapa dalam Islam yang melakukan suatu sunnah yang jelek (jahat), maka ia akan mendapat dosa dirinya dan dosa orang-orang yang mengikutinya tanpa berkurang sedikit pun. Hadis Sahih, Riwayat Muslim. 


- Bid'ah Hasanah dikenali juga sebagai Sunnah Hasanah.

Maka, jelas...daripada semua hadis yang kita bentangkan di sini bahawa bid'ah yang sesat sahaja yang akan melemparkan pelakunya ke dalam api neraka. Adapun bid'ah yang baik semata-mata mahu mendapatkan keredhaan Allah s.w.t., maka akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah s.w.t. Insya Allah.

Adapun lafaz Nabi s.a.w.: "Semua bid'ah sesat."
Bermaksud, kebanyakan bid'ah itu memang sesat, jika tiada dasarnya dalam agama. Namun, ada juga yang baik (diperakui oleh syarak).


Kesimpulannya: Hadis 1 & 2 itu umum, lalu dikhususkan oleh Hadis 3 & 4....Hadis ke 3 & 4 masih umum juga, lalu dikhususkan oleh Hadis yg ke-5...Jadi, bid'ah terbahagi kepada dua: 
(1) Bid'ah Hasanah/ baik dan (2) Bid'ah Dolalah / Buruk. 

2 Jenis bid'ah:
1. Hasanah.
2. Dolaalah.


Kedua jenis bid'ah ini sebenarnya tidak salah untuk diperincikan lagi dengan membahagikan ia kepada 5:
1. Wajib. (hasanah)
2. Sunat. (hasanah)
3. Harus. 
4. Makruh. (sayyiah)
5. Haram. (sayyiah)

Antara Ajaran ini adalah:

Mereka menentang:
1. Memperingati Maulidurrasul,
2. Israk Mikraj,
3. Nisfu Sya'aban,
4. Solat Tarawih 20 rakaat
5. Ziarah Kubur, Talkin, Tahlil dan baca Al-Quran atas kubur,
6. Menziarahi Kubur Rasulullah di Makkah,
7. Berzikir selepas solat, solat sunat berjamaah seperti Solat Hajat, Tahajjud dll
8. Bahkan mereka mengHALALkan Zina dari Berzikir, dll


Wallahu a'lam bis shawab...Moga bermanfaat
________________________________________

Rujukan:
1. Itqan ash-Shan'ah fi Tahqiq Makna al-Bid'ah. 
2. Liku-liku Bid'ah dan Masalah Khilafiyyah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MASALAH KAMPUNG KITA - Siapa yang patut dipersalahkan

TV Al-Quran

TvQuran

Catatan Popular